Cikgu Yaser atau nama sebenar Yaser bin Mohd Akhir. Dilahirkan pada tahun 1974 di Kampung Kuala Teriang, Pulau Langkawi, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunjang, JItra, Kedah. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Alawiyah (Lelaki), Arau, Perlis. Setelah itu, pada tahun 1991 beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam bidang Psikologi.
Tahun akhir di UIA beliau sudah mula mengajar di kolej swasta untuk pelajar persijilan komputer dan Bahasa Inggeris komunikasi di Tutorial Institute College Petaling Jaya dan cawangan di Klang. Gelaran "Cikgu" bermula di sini.
Di samping mengajar di kolej, beliau juga mengajar subjek Bahasa Malaysia, Kesusasteraan Melayu, komunikasi Bahasa Inggeris dan komputer di pusat bahasa, pusat komputer dan pusat tuisyen di sekitar Petaling Jaya dan Klang.
Selepas graduasi, beliau meneruskan karier sebagai tutor dan penolong pengurus di Institut Pendidikan Nasional, Klang. Beliau mula aktif dalam bidang penulisan kesusasteraan Melayu dan menjadi anak didik sasterawan negara Puan Zaharah Nawawi. Banyak karya beliau berupa puisi dan cerpen berkisarkan masyarakat Malaysia disiarkan di akhbar Berita Harian sekitar tahun 2002.
Bermula awal tahun 2000 juga beliau mula berkecimpung dalam arena latihan dan motivasi. Beliau bermula dengan motivasi pelajar sekolah rendah dan menengah dengan mensasarkan pelajar tahun peperiksaan. Beliau melebarkan skil pengajarannya dengan memberi motivasi percuma di sekolah-sekolah sekitar Selangor. Kemudian, sekitar tahun 2005, beliau mula menganjurkan seminar motivasi pelajar di setiap bandar utama di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Setiap tahun di antara tahun 2005 hingga 2011 beliau akan memberi motivasi secara percuma di sekolah-sekolah di bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Pasir Gudang, Skudai, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Ipoh, Taiping, Alor Setar, Kubang Pasu ,Sungai Petani, Kulim, Baling, Pulau Pinang, Perlis dan Pulau Langkawi.
Ceramah motivasi percuma ini adalah untuk menyampaikan maklumat atau kempen bagi para pelajar menyertai program seminar berbayar yang dianjurkan setiap hujung minggu di setiap lokasi berasingan. Dan setiap lokasi itu selalunya berjaya mengumpulkan 200 hingga 400 peserta untuk menyertai program motivasi peperiksaan. Dari sinilah beliau mula mengukir nama sebagai motivator.
Pada tahun 2012, sebuah syarikat menawarkan kepada beliau jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggung jawab membangunkan sebuah anak syarikat bernama Reskin Cosmetic. Reskin Cosmetic mempunyai cawangan salun kecantikan serta produk kecantikan. Jawatan ini ditawarkan kepada beliau disebabkan pengasas kepada Reskin Cosmetics ini berkeyakinan bahawa dengan kepakaran motivasi dan komunikasi awam yang beliau ada, beliau dapat menarik minat para usahawan di seluruh Malaysia untuk menjadi agen jualan produk Reskin. Walaupun arena ini berbeza daripada pengalaman beliau sebagai motivator pelajar, beliau mengambil cabaran tersebut. Beliau berjaya membangunkan syarikat itu dalam masa dua tahun untuk membina empayer Reskin Cosmetic di seluruh Malaysia dengan memasukkan produk Reskin di butik-butik kecantikan dan mewujudkan agen jualan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Akan tetapi, disebabkan bidang ini agak tidak begitu serasi dengan jiwa beliau, beliau berundur diri dan kembali bergiat di bidang motivasi dan latihan. Berdasarkan pengalaman dalam memberi motivasi dan latihan teknik pemasaran kepada usahawan-usahawan kosmetik Reskin di seluruh Malaysia tersebut, beliau mengorak langkah untuk memberi motivasi kepada guru-guru dan pelajar IPT.
Memandangkan sekitar tahun 2012 ini syarikat yang menawarkan modus operandi yang sama dalam menganjurkan seminar peperiksaan tumbuh seperti cendawan selepas hujan, sambutan terhadap program sebegini semakin sendu. Beliau cuba memfokuskan program motivasi usahawan pula dengan menganjurkan program-program keusahawanan dengan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan motivator-motivator bernama besar ketika itu.
Pada masa inilah beliau mengenali beberapa tokoh motivasi besar Malaysia antaranya Dato Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah, Ustaz Wan Akashah bersama isterinya Dato Siti Nurbahyah, Dato Dr Hj Zahazan, Dato Muhammad Zakaria yang banyak menulis buku bersama DMFK, dan sebagainya. Beliau juga membuat program bersama anak muda yang pernah satu ketika dulu viral dengan kebijaksanaannya dalam bidang Matematik pantas, iaitu Adi Putra.
Nama beliau sebagai Cikgu Yaser mula dikenali dalam bidang ini dan bertemu dengan pemilik sebuah organisasi besar di Malaysia yang banyak menerbitkan CD, VCD, buku-buku agama dan ilmiah, majalah Solusi, majalah Gen-Q dan seumpamanya, iaitu Telaga Biru Sdn Bhd. Telaga Biru Sdn Bhd tertarik dengan beliau yang berjaya mengendalikan program-program besar di seluruh Malaysia seorang diri dengan hanya dibantu oleh barisan fasilitator atau staf sambilan.
Dengan itu, sekitar tahun 2014, pemilik Telaga bIru Sdn Bhd Hj Abdul Waharp mempelawa beliau berjuang bersamanya dengan membuka sebuah anak syarikat yang diberi nama Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di situ. Tanggungjawab dibri kali ini agak besar. Beliau ditugaskan memberi motivasi kepada barisan staf Telaga Biru yang sememangnya berilmu dan ada nama dalam bidang penulisan dan ceramah selain membangunkan Telaga Biru Training & Consultancy sebagai syarikat pengendali latihan dan motivasi terunggul di Malaysia berkonsepkan Islamik. Sekali lagi beliau menunjukkan taringnya. Nama Telaga Biru menjadi sebutan dengan pengendalikan pelbagai program ceramah agama dan motivasi di pelbagai agensi kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Di bawah kelolaan beliau ini, ramai nama-nama besar yang diuruskan seperti Dato Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah, Ustaz Wan Akashah, Dato Siti Nurbahyah, Dato Dr Hj Zahazan, Dato Muhammad Zakaria, Dato Dr Izhar, Allahyarham Prof Izzi, Allahyarham Dato Abu Hasan Din, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Badlishah, Ustaz Husni, Habib Ali Zainal Abidin dan ramai lagi.
Beliau juga mula dijemput sebagai panel dalam program-program motivasi di radio dan televisyen. Antaranya radio IKIM FM, TV Al Hijrah dalam sesi Assalamualaikum, TV9 dalam siri Motivasi Pagi, RTM dalam sesi Selamat Pagi Malaysia, Hikmah TV TM dalam siri Tanyalah Cikgu. Beliau juga menjadi kolumnis tetap segmen Tanyalah Cikgu dalam Majalah Gen-Q yang diterbitkan setiap bulan.
Nama Telaga Biru semakin dikenali dengan wujudnya Karnival Rasul In My Heart yang dirangka dan dipimpim oleh beliau dengan tajaan utama Bank Islam dan Majlis Agama Kerajaan Negeri Selangor, Melaka dan Pahang. Banyak artis, penceramah selebriti termasuk Ustaz Azhar Idrus terlibat dalam menjayakan program ini, termasuklah penglibatan daripada KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (Karnival Rasul In My Heart Kuantan) serta YTM Melaka Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (Karnival Rasul In My Heart Melaka) dan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (Karnival Rasul In My Heart Putrajaya).
Beliau juga pernah diberi tanggung jawab untuk memberi latihan kepada semua staf Syarikat Air Negeri Sembilan berjumlah 2000 orang secara berperingkat selama 2 tahun. Selain pernah memberi latihan kepada staf-staf organisasi gergasi di Malaysia antaranya TM, Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petronas dan banyak lagi.
Disebabkan ekonomi merosot pada tahun 2016, beliau berpisah dari Telaga Biru dan terus bergiat dalam bidang yang sama iaitu latihan dan motivasi korporat di atas nama sendiri Cikgu Yaser Consultancy.
Sejak tahun 2016 sehingga sekarang beliau banyak terlibat dalam mengendalikan program di bawah tajaan Mynic Berhad, iaitu agensi di bawah Kementerian Komuniaksi dan Multimedia Malaysia.
Beliau dilantik menjadi Master Trainer di Mynic Berhad pada tahun 2020 hingga kini dan bertanggung jawab menjayakan pengendalian program-program latihan anjuran Mynic dan memantau dan memebri tunjuk ajar kepada barisan jurulatih Mynic yang lain.
Di bawah Mynic, program menumpukan pelbagai program berkaitan dengan online yang mensasarkan golongan usahawan B40 antaranya:
- Ekosistem Bisnes Online
- Kepentinga Domain
- Kepentingan Branding Online
- Search Engine Optimisation
- Search Engine Marketing
- Media Sosial Marketing
- Pembangunan website
Resume
Pengalaman Penjawatan
2016 - kini
MYNIC BERHAD
agensi di bawah
Kementeria Komunikasi
& Multimedia Malaysia
Ketua Jurulatih
Ketua Jurulatih MYNIC Berhad. Agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Bertanggungjawab merangka, memantau dan membina modul latihan serta mengendalikan program-program latihan anjuran MYNIC.
Bertanggungjawab melatih dan memantau prestasi barisan jurulatih MYNIC.
2012 - 2015
TELAGA BIRU HOLDINGS SDN BHD
Ketua Pegawai Eksekutif
& Ketua Jurulatih
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Jurulatih.
Bertanggungjawab menguruskan Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd.
Menguruskan penceramah selebriti dan memberi latihan dan pemantauan kepada barisan jurulatih.
Membina, merangka dan mengaplikasikan modul latihan.
Kolumnis tetap segmen Tanyalah Cikgu majalah Gen-Q.
2009 - 2011
RESKIN COSMETICS SDN BHD
Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif RESKIN COSMETICS SDN BHD.
Bertanggungjawab mengurus dan membina prestasi syarikat dalam arena produk kecantikan.
Membina senarai agen jualan dan cawangan seluruh Malaysia.
Memberi latihan pemasaran dan keusahawanan kepada agen jualan di seluruh Malaysia.
2000 - 2008
INSTITUT PENDIDIKAN NASIONAL
Penolong Pengurus
Tutor
Penolong Pengurus dan Tutor yang bertanggungjawab menguruskan barisan tutor tetap dan sambilan serta jadual pembelajaran serta perancangan pemasaran.
Bertanggungjawab memberi ceramah motivasi pelajar di sekola-sekolah seluruh Malaysia.
Bertanggungjawab mengajar pelajar pensijilan TVET dalam jurusan komputer dan Bahasa Inggeris Komunikasi.
Pembelajaran
1994-1997
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan Pengkhususan Psikologi.
Ijazah Sarjana Muda
1992-1993
PUSAT MATRIKULASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
Matrikulasi jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan
Pensijilan Matrikulasi
1987-1991
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL ALAWIYAH, ARAU, PERLIS
Sijil Pelajaran Malaysia pencapaian 12 Agregate
1981-1986
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNJANG, JITRA, KEDAH
UPSR 5A
Skilset Profesional
Ekosistem Bisnes Online
Online Marketing, SEO, SEM
Teambuilding
Pembangunan Website
Skil Komunikasi Berkesan
Bahasa
Bahasa Melayu
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris